| laman utama | lembaga pengarah | perwakilan | pengurusan | kemudahan | keanggotaan | borang | berita | galeri album | maklumbalas | hubungi |
TABUNG KEBAJIKAN AM
Tabung ini diadakan bagi membantu anggota / keluarga atas kematian anggota KOPENAS atau keluarga mereka.
 
  Syarat-Syarat
  • Bantuan atas kematian anggota adalah sebanyak RM5, 000.00 (dengan syarat telah menjadi anggota yang aktif selama 3 tahun sewaktu permohonan dibuat).
     
  • Bantuan atas kematian suami / isteri anggota RM500.00 (dengan syarat telah menjadi anggota yang aktif sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh menjadi anggota).
     
  • Bantuan atas kematian anak-anak / ibu / bapa anggota RM300.00 (dengan syarat telah menjadi anggota yang aktif sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh menjadi anggota).

     
  • Pemohon atau waris dikehendaki mengisi borang TKA, dan menyertakan salinan surat akaun mati / permit pengebumian, salinan surat nikah / surat beranak.
     
     
     
    DERMASISWA KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
    Tabung ini diadakan untuk membantu anggota dan anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS.
       
      Syarat-Syarat
  • Bantuan dermasiswa adalah setinggi RM500.00 untuk peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda.
  • Bantuan dermasiswa adalah setinggi RM700.00 untuk peringkat M.A / Phd.
  • Bantuan diberi sekali sahaja kepada anggota KOPENAS dan kepada 2 orang anak mereka.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan Dermasiswa dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  •  
    Telah menjadi anggota yang aktif selama 3 tahun sewaktu permohonan dibuat.
  • Umur anak mestilah 21 tahun ke bawah semasa mendaftar diri di IPT atau 22 tahun ke bawah bagi mereka yang melalui Kelas Peralihan.
     
  • Anak belum berkahwin
  • Pengajian sepenuh masa bagi permohonan anak anggota
  • Mendapat pengesahan daripada Pengerusi/Setiausha kawasan dan juga IPT
  • Mestilah masih belajar semasa permohonan dibuat
     
    HADIAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
       
      Syarat-Syarat
  • Lulus SPM dengan mencapai keputusan 7A ke atas.
  • Menjadi anggota yang aktif selama 3 tahun sewaktu permohonan dibuat.
  • Umur anak / jagaan ketika memohon tidak melebihi 18 tahun.
  • Permohonan hendaklah dibuat tidak lewat dari 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dengan menggunakan borang yang disediakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Diberi kepada seorang anak anggota sahaja.
       
    INSURANS TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (KHAIRAT)
    Skim ini diperkenalkan bagi membantu anggota yang mendapat keilatan kekal seluruh badan atau kepada waris yang kematian anggota KOPENAS
    Caruman :RM 10.00 setahun
    UMUR PESERTA KEMATIAN PESERTA ATAU KEILATAN KEKAL SELURUH BADAN
    18 – 55 TAHUN
    RM 5,000.00
    56- 65 TAHUN
    RM 4,000.00
  • Permohonan dikehendaki mengisi borang tuntutan, salinan surat akuan kematian/permit pengebumian, salinan surat nikah/beranak
     
     
    TABUNG EHSAN
    Tabung ini diwujudkan adalah sebagai sumbangan Ehsan kepada anggota KOPENAS yang ditimpa musibah seperti bencana alam atau penyakit kronik.
    Jenis musibah yang layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut :
    1.
    Bencana Alam (Kebakaran, Banjir dan lain-lain yang difikirkan layak)
    2.
    Penyakit Kronik yang difikirkan layak diterima oleh Anggota Lembaga
    3. Jumlah sumbangan ditentukan oleh Anggota Lembaga.
     
    Butir-butir dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah seperti berikut:
     
  • Laporan Polis / Pengesahan Penghulu / Majikan / Pengerusi atau Setiausaha Kawasan. (Bagi bencana alam).
  • Laporan Perubatan. (Bagi penyakit kronik).
  • Setiap anggota hanya layak memohon bantuan ini sekali sahaja dalam setahun.
     
    Print halaman
    Sambung ke muka >>
      Hak Cipta Terpelihara Koperasi Pendidikan Nasional Berhad @ 2004  
    Direka & Diselenggara oleh <YTS Corporate Services Sdn. Bhd.>